Site icon TechNave BM

Power bank HUAWEI dengan cas pantas 66W disahkan sebelum pelancaran siri Mate 40

Sebelum ini, terdapat ura-ura bahawa HUAWEI bakal meletakkan pengecasan pantas 66W pada telefon siri HUAWEI Mate 40 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Kini, sebuah sumber dari Pangkalan data Pensijilan Wajib China menunjukkan HUAWEI telah mendaftarkan sebuah power bank yang mampu untuk mengecas pantas sehingga 66W.

Ini adalah menarik kerana setakat ini, belum lagi ada peranti HUAWEI yang mampu untuk menyokong pengecasan pantas 66W. Jadi, pengecasan 66W ini kemungkinan besar akan digunakan untuk telefon siri Mate 40.

Power bank tersebut dilihat dapat berfungsi pada step 5V/9V/12V/15V pada 3A, dan ini akan meliputi pengecasan 22.5W, 44W, 55W serta menawarkan keserasian kebelakang (backwards compatibility). Power bank itu juga dilihat mempunyai bateri sebesar 12,000mAh.

Bagaimana dengan pengecasan pantas 66W dari HUAWEI ini? Kongsikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version