Site icon TechNave BM

Powerbeats 4 baru muncul dijual sebelum pelancarannya dengan harga ~RM640

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai ura-ura imej dan spesifikasi Powerbeats 4 terbaru. Terkini, kedai terkenal di luar negara, Walmart dilihat menjual alat teknologi yang dipercayai Powerbeats 4.

Sumber melaporkan reka bentuk dan pilihan warna adalah sama dengan khabar angin sebelum ini. Bukan itu sahaja, pemaparan ciri teknologi jangka hayat bateri selama 15 jam turut dilihat pada pembungkusannya.

Kami tidak mempunyai maklumat sahih mengenai sebab penjualan awal ini di Walmart. Apa pun, kita boleh menganggarkan harga Powerbeats berikutan kemunculannya di Walmart. Walmart menjualnya dengan harga $149 (lebih kurang ~RM640).

Agaknya benarkah ini Powerbeats 4? Beritahu pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version