Site icon TechNave BM

Pra-daftar Samsung Odyssey OLED G9, terima e-baucar RM300 dan penjimatan sehingga RM2,000

Samsung Odyssey OLED G9 memenangi anugerah dalam Anugerah Inovasi Consumer Electronics Show (CES) 2023 sebagai monitor OLED DQHD pertama di dunia menampilkan peningkatan AI dan masa tindak balas 0.03ms (GtG) yang sangat pantas.

Monitor ini memberikan paparan melengkung ultra-premium Odyssey OLED G9 berukuran 49 inci untuk meningkatkan pengalaman gaming anda. Kini, Samsung menawarkan e-baucar RM300 dan penjimatan sehingga RM2,000 bagi mereka yang membuat tempahan awal dari 26 Jun hingga 9 Julai 2023.

Sekiranya anda berminat, klik di sini dan ia akan bawa anda ke halaman pendaftaran. Samsung juga ingin berikan anda kejutan lain tetapi anda harus menunggu sehingga 10 Julai 2023.

Ketahui lebih lanjut mengenai monitor gaming ini di Samsung Newsroom. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version