Site icon TechNave BM

Pra-pesanan ASUS ROG Phone 3 Strix Edition dibuka bermula 3 September dengan bayaran RM999

Jika anda amat menanti-nantikan ASUS ROG Phone 3 untuk tiba di Malaysia, berita terbaru daripada ASUS Malaysia ini tentu akan menghiburkan anda. Pra-tempahan untuk telefon ROG Phone 3 Strix Edition akan dibuka esok (3 September) di Lazada dan Shopee.

Untuk membuat pra-tempahan, pelanggan perlu membayar cengkeram terlebih dahulu sebanyak RM999 seperti yang dilakukan oleh ASUS Malaysia sebelum ini. Kemudian, pelanggan perlu mengisi borang untuk mendapatkan baucar khas yang menolak RM999 daripada harga asal. Bermula 5 September 9:30 malam, pelanggan boleh membuat bayaran penuh dan telefon tersebut akan mula dihantar pada 7 September.

Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan sarung Lightning Armor Case dan kaca tempered glass. Perlu diketahui bahawa bayaran pra-pesanan perlu dilunaskan sebelum 7 September dan bayaran cengkeram tidak boleh dipulangkan.

ROG Phone 3 Strix Edition adalah telefon gaming flagship dengan spesifikasi Snapdragon 865 5G, RAM 8GB, storan 256GB, skrin AMOLED FHD+ 6.59 inci dengan kadar segar semula sehingga 144Hz, bateri 6,000mAh dan AirTriggers 3. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pra-tempahan untuk telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version