Site icon TechNave BM

Pra-tempah baharu PlayStation 5 dibukai mulai 7 April ini bermula RM2,299

Peminat PlayStation (PS) pasti teruja akan lanjutan pra-tempahan PlayStation 5 (PS5) di Malaysia bagi bulan April 2022 seperti yang diumumkan oleh Sony Store Malaysia beberapa jam lepas. Anda boleh membuat pra-tempah PS5 bermula 7 April 2022,  jam 12 tengah malam

Sony Centre Mid Valley juga membuka borang dalam talian untuk anda yang berminat memiliki PS5 mulai 7 hingga 9 April pada jam 2pm. Pra-tempah kali ini memberi dua versi iaitu PS5 berharga RM2,299 manakal PS5 + konsol Dualsense berharga RM2,648.

Sehingga kini, kami masih tidak pasti akan tarikh ketibaan PS5 di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Sony Centre Mid Valley Megamall Facebook

Exit mobile version