Site icon TechNave BM

Pra-tempah edisi khas MSI Prestige 14 bermula 4 Mei, warna ‘Rose Pink’ idaman wanita

Terkini, MSI telah memperkenalkan komputer riba MSI Prestige 14 dengan pilihan warna ‘Rose Pink’ yang menarik. Seiring dengan pengumuman ini, MSI membuka pra-tempah untuk edisi khas MSI Prestige 14 ini pada 4 Mei 2020 hingga 10 Mei 2020.

Sepintas lalu, MSI Prestige 14 dilengkapi pemproses Intel Core-i7 dengan 6 teras dan operasi grafik NVIDIA GeForce MX330 terbina dalam komputer riba. Komputer riba ini turut dilengkapi paparan True Colour 14-inci yang menyokong saturan warna yang tepat untuk pandangan anda. Anda juga boleh melipat komputer riba ini melalui ‘Flip Mode’ sehingga 180 darjah.

Untuk pengetahuan anda, komputer riba merah jambu ini hadir dengan set termasuklah tetikus wayarles, beg untuk komputer riba dan rantai kunci MSI. Apa yang menariknya, semua yang termasuk dalam pakej ini hadir dengan warna ‘Rose Pink’ yang sama! Kesemua produk yang dinyatakan termasuklah komputer riba hanya berharga RM5,399. Untuk menempahnya, anda boleh ke MYStore, Lazada_NBP, Lazada_EIT, NCS, MY COM atau kedai sah MSI. Perlu diingatkan bahawa pra-tempah unit ini adalah terhad.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version