Site icon TechNave BM

Pra-tempah Galaxy Z Flip kini dibuka untuk kali kedua bermula 30 April ini

Jika anda terlepas peluang terdahulu untuk menempah peranti boleh lipat bergaya, Samsung Galaxy Z Flip, inilah masanya! Terkini, Samsung Malaysia sekali lagi telah membuka pra-tempahan kedua untuk Samsung Galaxy Z Flip yang akan bermula pada 30 April ini.

Untuk makluman anda, ianya boleh ditempah pada harga yang sama seperti sebelum ini, RM5,888. Setakat ini, warna paling menarik perhatian kami adalah warna Mirror Gold di samping warna Mirror Purple dan Mirror Black.

Jika anda merasakan harganya agak tinggi, tetapi tetap ingin memilikinya, anda boleh memilih untuk membayar ansuran bulanan bermula RM245.33 tanpa faedah. Anda boleh menempahnya disini. Dalam kalangan pembaca kami, adakah anda salah seorang pemilik Samsung Galaxy Z Flip?

Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version