Site icon TechNave BM

Pra-tempah Huawei nova 7i Malaysia dengan harga RM1099 dan dapatkan Huawei Band 4 percuma

Pengumuman ini merupakan pengumuman yang menamatkan penantian peminat Huawei nova 7i. Terkini, anda boleh membuat pra-tempahan untuk membeli Huawei nova 7i bermula pada 14 Februari hingga 21 Februari.

Dengan setiap pra-tempahan ini, anda layak mendapat Huawei Band 4 secara percuma! Apa pun, tawaran ini bergantung kepada terma dan syarat. Perlu diingatkan juga tawaran ini berlangsung sementara stok masih ada.

Sepintas lalu, Huawei nova 7i dilengkapi cipset Kirin 810 7nm, kamera quad 48MP (lensa ultra-lebar + lensa makro) dan pengecas pantas Super 40W (70% bateri dalam masa 30 minit sahaja!).

Tambahan kepada tawaran yang dipromosikan,anda juga berpeluang memenangi percutian untuk dua orang ke Maldives bernilai RM36,000 dengan setiap pembelian produk Huawei terpilih. Pembelian harus dibuat pada masa tertentu sahaja, iaitu 10–16 Februari 2020.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke capaian ini. Anda boleh semak spesifikasi Huawei nova 7i di sini. Terdahulu, Huawei nova 5i masih hangat di pasaran. Adakah anda bakal menyambar Huawei nova 7i ini? beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita tawaran telefon pintar terkini.

Sumber: Huawei Mobile

Exit mobile version