Site icon TechNave BM

Pra-tempah Motorola Edge 30 Pro di Malaysia: Miliki SD 8 Gen 1, skrin 144Hz berharga RM2,599 sehingga 8 Mac

Motorola Malaysia telah melancarkan Motorola Edge 30 Pro tanpa pengetahuan ramai. Pra-tempah peranti ini telahpun bermula sehingga 8 Mac 2022 dengan potongan sebanyak RM100. Anda boleh mendapatkan Edge 30 Pro pada harga RM2,599 berbanding harga hasal iaitu RM2,699 sepanjang tempoh pra-tempah.

Anda boleh mempertimbangkan Edge 30 Pro kerana ia dikuasai oleh cipset Snapdragon 8 Gen 1, RAM 12GB, storan 256GB dan bateri 4,800mAh. Baterinya menyokong pengecasan pantas TurboPower 68W, pengecasan wayarles 15W dan teknologi pengecasan terbalik 5W. Selain itu, telefon ini juga menampilkan skrin 6.7 inci dalam resolusi FHD+, kadar penyegaran 144Hz dan HDR+.

Di bahagian belakang peranti terdiri daripada tri-kamera 50MP (utama, OIS) + 50MP (ultra lebar) + 2MP (kedalaman) manakala kamera hadapan menggunakan sensor 60MP. Akhir sekali, ia menggunakan Android 12 dan sepasang pembesar suara Dolby Atmos.

Jika Motorola Edge 30 Pro sesuai dengan keperluan anda, anda boleh pergi ke kedai dalam talian syarikat di Lazada atau Shopee kerana kedua-dua platform ini mempunyai promosi diskaun RM100. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version