Site icon TechNave BM

Pra-tempah Samsung Galaxy S22 sekarang untuk dapatkan Galaxy Watch percuma!

Samsung telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru, Samsung Galaxy S22 5G, pada awal bulan ini dengan harga bermula RM3,699. Pra-tempahan untuk Samsung Galaxy S22 5G kini telah pun dibuka dan akan berlangsung sehingga 3 Mac 2022.

Dengan setiap pra-tempahan untuk mana-mana varian Samsung Galaxy S22 terpilih, anda berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif bernilai RM1,168. Berikut adalah senarai hadiah yang ditawarkan untuk pra-tempahan Galaxy S22:

VarianHargaHadiah percuma
Samsung Galaxy S22 Ultra 5G (256GB)RM5,499– 1x Samsung Galaxy Watch4 Bluetooth (40mm), bernilai RM899
– 1x Samsung Galaxy X LAMY Safari Twin Pen, bernilai RM269
Samsung Galaxy S22+ 5G (256GB)RM4,2991x Samsung Galaxy Watch4 Bluetooth (40mm), bernilai RM899
Samsung Galaxy S22 5G (256GB)RM3,6991x Samsung Galaxy Watch4 Bluetooth (40mm), bernilai RM899

Selain itu, anda juga boleh membeli perlindungan Samsung Care+ dengan diskaun 30% apabila anda membeli Samsung Galaxy S22 5G. Perkhidmatan ini akan melindungi peranti anda jika terdapat sebarang kemalangan atau kerosakan yang tidak disengajakan.

Baca artikel pelancaran Galaxy S22 5G untuk maklumat lengkap tentang semua varian siri telefon pintar ini.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi pra-tempahan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version