Site icon TechNave BM

Pra-tempah siri HUAWEI MatePad, hadiah percuma bernilai RM1,098 sehingga 21 Julai ini

HUAWEI Malaysia baru-baru ini melancarkan melancarkan tablet baharu untuk tahun 2023 iaitu HUAWEI MatePad Air dan HUAWEI MatePad 11.5 inci untuk memaksimumkan produktiviti dan memberi anda kreativiti tanpa had dengan komunikasi yang mudah.

Anda boleh membuat pra-tempah untuk siri HUAWEI MatePad mulai sekarang hingga 21 Julai 2023 melalui laman web rasmi HUAWEI atau HUAWEI Flagship Stores di Lazada pada harga RM2,799. anda juga akan layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM1,098 termasuk papan kekunci magnetik pintar HUAWEI dan HUAWEI M-Pencil generasi kedua.

Begitu juga HUAWEI MatePad 11.5 bermula pada harga RM1,499 laman web rasmi HUAWEI atau HUAWEI Flagship Stores di Shopee. Anda akan dapat menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM998 seperti papan kekunci pintar HUAWEI MatePad dan HUAWEI M-Pencil generasi kedua.

HUAWEI MatePad Air merupakan tablet pertama daripada HUAWEI yang menawarkan skrin dengan kadar segar semula 144Hz, skrin HD FullView Display dengan resolusi 2.8K dan nisbah skrin-ke-badan setinggi 3:2.

HUAWEI MatePad 11.5 inci pula mempunyai skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan pengiktirafan perlindungan mata TÜV Rheinland. Ia turut dilengkapi empat pembesar suara Histen 8.0 dan boleh dipautkan dengan papan kekunci, tetikus dan stilus M-Pencil untuk mirip komputer.

Ketahui kemas kini baharu HUAWEI di laman web rasminya, Facebook atau Instagram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version