Site icon TechNave BM

Pra-tempah siri iPhone 12 Malaysia bermula 6 November jam 9 malam, harga bermula RM3,399

Kini, masa yang dinantikan oleh peminat iPhone di seluruh Malaysia telah tiba. Anda boleh mula pra-tempah mana-mana model iPhone 12 kesukaan anda bermula pada 6 November 2020. Tambah Apple, ia bakal sedia dijual pada 13 November 2020.

Maklumat ini dilihat pada laman web rasmi Apple Malaysia sendiri. Butang pra-tempah masih lagi tidak tersedia, hanya maklumat pra-tempah sahaja yang dipaparkan. Untuk pengetahuan anda, siri baru peranti ini terdiri daripada iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Selain laman web Apple Malaysia, anda juga boleh melihat maklumat pra-tempah di laman syarikat telekomunikasi lain seperti Digi, Celcom dan U Mobile yang bermula 6 November, jam 9PM. Syarikat telekomunikasi yang lain mungkin akan menyusul selepas ini.

Laman Digi
Laman U Mobile
Laman Celcom

Anda boleh menyemak kembali berita lepas mengenai iPhone 12 untuk pelbagai maklumat dan melihat kembali harganya seperti di bawah:

iPhone 12 miniiPhone 12iPhone 12 ProiPhone 12 Pro Max
(64GB) RM3,399(64GB) RM3,399(128GB) RM3,399(128GB) RM3,399
(128GB) RM3,399(128GB) RM3,399(256GB) RM3,399(256GB) RM3,399
(256GB) RM3,399(256GB) RM3,399(512GB) RM3,399(512GB) RM3,399

Kami akan umumkan sekiranya maklumat pra-tempah di syarikat telekomunikasi lain tiba melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda akan membuat pra-tempah? Kongsikan bersama kami di laman Facebook.

Sumber: Apple Malaysia

Exit mobile version