Site icon TechNave BM

Pra-tempah siri Samsung Galaxy S20 Malaysia, dapatkan Galaxy Buds+ percuma dengan setiap tempahan S20+/S20 Ultra

Setelah pelancaran siri Samsung Galaxy S20 yang berlangsung tadi, dengan pantasnya waktu pra-tempahan telah bermula! Anda kini boleh pra-tempah Samsung Galaxy S20, S20+ atau S20 Ultra bermula pada jam 5 petang 12 Februari 2020 hingga 26 Februari 2020.

Pada tempoh tersebut, setiap pelanggan yang membuat pra-tempahan Galaxy S20+ atau Galaxy S20 Ultra layak mendapat Galaxy Buds+ baru yang bernilai RM599. Harga pra-tempah Galaxy S20 adalah RM3,599, Galaxy S20+ pada harga RM3,999 dan Galaxy S20 Ultra pada harga RM4,999.

Untuk membuat pra-tempahan, anda boleh mengunjungi Samsung e-Store atau pengedar Samsung yang sah seperti di bawah:

Untuk maklumat lanjut mengenai pra-tempahan, klik pada capaian ini. Amda juga boleh menyemak ciri teknologi dan spesifikasi siri Galaxy S20 melalui berita liputan penuh kami. Adakah anda bersedia untuk menyambar tawaran ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk lebih tawaran menarik mengenai siri Samsung Galaxy S20.

Exit mobile version