Site icon TechNave BM

Pra-tempah telefon pintar murah ZTE Blade A3 2020 berharga RM249 sahaja di Shopee

Di sebalik kemunculan peranti kelas pertengahan dan kelas flagship pada musim ini, berkemungkinan ada yang ingin mencari peranti murah untuk penggunaan kasual yang terhad. ZTE Malaysia kini membuka ruang pra-tempah ZTE Blade A3 2020 melalui Shopee bermula pada 24 April hingga 26 April dengan harga RM249 sahaja.

Sepintas lalu, ZTE Blade A3 2020 hadir dengan pemproses Quad-Core 1.4 GHz, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 2600mAh. Ia direka dengan rekaan minimalis bersama penutup belakang yang melengkung untuk keselesaan semasa memegangnya.

50 pra-tempah pertama layak menerima powerbank jenama Genai yang bernilai RM49. Setiap pra-tempahan pula layak menerima pelindung kaca TPU dan USB pengecas kereta ZTE. Anda juga boleh mendapatkan peranti kelas permulaan lain dengan harga lebih murah seperti ZTE Blade A7 berharga RM359 (harga asal RM379) dan ZTE Blade V10 Vita berharga RM399 (harga asal RM599).

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi dan tawaran teknologi terkini yang menarik.

Exit mobile version