Site icon TechNave BM

Pra-tempahan OPPO A95 bakal dibuka di Malaysia bersama pelbagai hadiah

OPPO Malaysia bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan OPPO A95 pada 15 November 2021 dan pra-tempahan akan dibuka dalam tempoh yang terdekat. Bagi mempromosikan peranti ini, OPPO Malaysia menawarkan beberapa hadiah kepada pelanggan yang membuat pra-tempahan.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan boleh membeli fon telinga wayarles OPPO Enco Buds pada harga RM1 sahaja (harga asal RM159). Selain itu, pra-tempahan OPPO A95 yang dibuat dalam laman web OPPO kemudian diambil di kedai OPPO Brand Store, akan menerima OPPO VOOC Powerbank (bernilai RM229) dan waranti enam bulan (bernilai RM49.90).

Menurut khabar yang dilaporkan oleh media antarabangsa, OPPO A95 mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 662, skrin AMOLED berukuran 6.43 inci, sistem operasi Android 11 dan storan dalaman 128GB.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO A95 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version