Site icon TechNave BM

Pra-tempahan PlayStation 5 kali ke-3 kini dibuka di Malaysia, bermula 19 Februari!

Jika anda sebelum ini masih tidak sempat untuk mendapatkan PlayStation 5, berita ini adalah berita gembira untuk anda. Sony kini mengumumkan peluang membuat pra-tempah PS5 kali ketiga bermula pada 19 Februari 2021.

Menurut Sony, pra-tempah PS5 kali ketiga ini bakal bermula pada 19 Februari 2021 dengan harga RM1,869 untuk PS5 Digital dan RM2,299 untuk PS5Ultra HD Blu-ray versi pemacu cakera.

Perlu diingatkan bahawa pra-tempahan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui Sony Malaysia official Store di Lazada bermula 19 Februari (12 tengah malam). Selain itu, anda juga boleh membuat pra-tempahan dari pengedar sah di Shopee. Terdapat dua slot jika anda ingin menempah di Shopee dan anda boleh klik pada pautan di bawah.

Sony juga menyatakan bahawa pra-tempahan melalui WhatsApp-to-Buy tidak tersedia. Anda boleh menyemak maklumat lanjut di laman Sony Malaysia.

Adakah anda bakal menempahnya kali ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sony Malaysia

Exit mobile version