Site icon TechNave BM

Pra-tempahan siri Samsung Galaxy S20 dilanjutkan sehingga 1 Mac, Galaxy Buds+ kini boleh dibeli di Samsung Store sah dengan harga RM599

Terdahulu, Samsung telah memberi peluang untuk anda membuat pra-tempahan Samsung Galaxy S20, S20+ atau S20 Ultra bermula pada 12 Februari 2020 hingga 26 Februari 2020. Walau bagaimanapun, untuk peminat yang masih belum berkesempatan membuat pra-tempahan, anda kini boleh berbuat demikian kerana tempoh pra-tempah dilanjutkan sehingga 1 Mac ini.

Jika anda masih belum melihat siri Samsung Galaxy S20 ini, anda boleh ke kedai Samsung berdekatan. Sepintas lalu, anda boleh memilih siri Galaxy S20 pilihan hati anda berdasarkan spesifikasi yang anda mahu sama ada Galaxy S20, Galaxy S20+ atau Galaxy S20 Ultra. Lihat info pra-tempahan di sini.

Untuk peminat Samsung Galaxy Buds+ pula, ini merupakan berita gembira untuk anda! Anda kini boleh mendapatkan Samsung Galaxy Buds+ dengan harga RM599 di kedai Samsung yang sah! Klik pada pautan ini untuk maklumat lanjut mengenai pembelian Samsung Galaxy Buds+.

Adakah anda berminat dengan barisan keluarga Samsung terbaru ini? Kongsikan pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Malaysia

Exit mobile version