Site icon TechNave BM

Pra-tempahan Sony Xperia 10 III dibuka: Hadiah percuma Sony WI-C310, berharga RM1,999

Sony Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka kini telah membuka pra-tempahan untuk telefon pintar Xperia 10 III. Peranti ini ditawarkan dengan dua pilihan warna (biru dan hitam) dan pra-tempahannya berlangsung sehingga 20 September dengan harga RM1,999.

Sama seperti pra-tempahan Xperia 1 sebelum ini, jika anda membuat pra-tempahan Xperia 10 III di dalam tarikh promosi, anda akan mendapat sepasang fon telinga wayarles Sony WI-C310 (berharga RM199) secara percuma. Anda boleh membuat pra-tempahan di kedai rasmi Sony Malaysia Store.

Xperia 10 III adalah sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang menggunakan cipset Snapdragon 690 5G. Ia juga hadir dengan RAM 6GB, storan UFS 128GB, skrin OLED 6 inci FHD+ bersama kadar bacaan sentuhan 120Hz.

Untuk kamera, ia dilengkapi kamera swafoto 8MP, kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP dan sensor telefoto 8MP. Baterinya bersaiz 4,500mAh dan menggunakan perisian Android 11 dari dalam kotak.

Adakah anda berminat untuk membuat tempahan? berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version