Site icon TechNave BM

Pra-tempahan untuk ASUS ROG Phone 5 Ultimate akan dibuka di Malaysia, berharga RM4,999

Siri telefon pintar gaming andalan ASUS ROG Phone 5 telah pun mula dijual di Malaysia sejak bulan Mac 2021 namun varian tercanggih dalam siri tersebut, ROG Phone 5 Ultimate, tidak dilancarkan dengan serentak bersama varian lain untuk pasaran tempatan. Kini, peminat ROG Phone di Malaysia boleh mendapatkan ROG Phone 5 Ultimate pada harga RM4,999.

Pra-tempahan tersebut akan dibuka bermula 8 Ogos hingga 21 Ogos 2021 di Shopee dan Lazada. Pelanggan ROG Phone 5 Ultimate bakal menerima hadiah percuma bernilai RM1,099 iaitu fon kepala ROG Strix Go Core serta kotak Ultimate Fan Gift Box Collection yang mempunyai pelbagai aksesori bertemakan ROG.

ROG Phone 5 Ultimate dilengkapi spesifikasi yang hampir sama dengan telefon lain dalam siri ROG Phone 5, kecuali pada memorinya iaitu setinggi RAM 18GB dan storan dalaman 512GB. Berikut adalah spesifikasi penuh ROG Phone 5 Ultimate:

Layari laman web ASUS ROG Malaysia untuk maklumat lanjut tentang telefon gaming premium ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version