realme Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan realme 14 Series pada 15 April 2025 di IOI City Mall. Jika anda berminat dengannya, anda boleh buat pra-tempahan bermula hari ini sehingga 14 April. Harga rasmi untuk realme 14 Series masih belum diumumkan, namun anda sudah boleh buat pra-tempahan dengan meletakkan deposit RM20 sahaja.
Dengan pra-tempahan realme 14 Pro 5G, anda akan menerima hadiah bernilai RM1,106 seperti rebat RM100, fon telinga realme Buds T01, tongkat selfie, jaminan lanjutan setahun dan jaminan bateri selama empat tahun.
realme 14 Pro 5G adalah sebuah telefon kelas pertengahan dengan lampu MagicGlow Triple Flash di belakangnya untuk bantu anda ambil gambar dengan lebih cantik dalam situasi malap. Kameranya menggunakan sensor Sony IMX882 50MP, manakala spesifikasi dalaman lain yang sudah disahkan termasuklah cipset MediaTek Dimensity 7300 Energy dan bateri 6,000mAh.
Sementara itu, pra-tempahan untuk realme 14 5G pula akan menerima hadiah bernilai RM826 seperti rebat RM100, fon telinga realme Buds T01, kaca tempered glass, sarung jari (finger sleeves), jaminan lanjutan setahun dan jaminan bateri selama empat tahun.
realme 14 5G dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 4, bateri besar 6,000mAh dan sistem penyejukan Bionic Cooling System dengan kamar wap 6050mm².
Pra-tempahan ini boleh dibuat di kedai-kedai realme Brand Stores terpilih. Anda boleh dapatkan telefon ini dan buat bayaran penuh bermula 15 April 2025.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

