Site icon TechNave BM

Pratonton Android 11 muncul di halaman pratonton pembangun Google

Terkini, Google telah mengubah halaman pratonton pembangun yang memaparkan pratonton Android 11. Namun, Google telah menukar kembali halaman itu kepada halaman asal, Android 10 dengan pantas.

Jangan khuatir kerana Android Police telah berjaya mengambil tangkapan skrin halaman tersebut sebelum Google menukarnya kepada halaman asal.

Halaman pratonton pembangun Android 11
Halaman pratonton pembangun asal, Android 10

Apa pun, kami masih tiada maklumat rasmi mengenai kemunculan Android 11, tetapi dengan kemunculan ini, pastinya Android 11 sedang dibangunkan sepenuhnya.

Nantikan berita kemunculan rasmi Android 11 melalui Rakan teknologi Utama Malaysia. Adakah anda juga sedang menantikan kemunculannya dan apa yang anda jangkakan untuk naik taraf Android 11? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: Android Authority

Exit mobile version