Site icon TechNave BM

Pratunjuk Android 11 kini hadir untuk pembangun

Android 11 kini muncul, tetapi hanya untuk pembangun. Halaman pratunjuk yang muncul beberapa hari lepas sebelum ianya dipadam, kini pratunjuk Android 11 tersedia dan disahkan oleh Google. Dengan versi Android terbaru ini, terdapat beberapa ciri yang boleh kita lihat.

Perlu diingatkan bahawa pratunjuk ini hanya untuk pembangun dan perlu dimuat turun secara manual ke Google Pixel 2, 3, 3a atau 4. Kebanyakan dari kita mungkin tidak dapat mengujinya, tetapi Google telah menyenaraikan beberapa perubahan dalam Android Developers Blog. Anda boleh lihat ciri Bubble yang pertama kali diperkenalkan pada Disember tahun lepas.

Rakan teknologi 9to5Google juga berhasil untuk menguji dan menyenaraikan perubahan dan ciri baru Android 11. Agak susah untuk hadam perubahan ini, jadi kami akan menyenaraikan beberapa ciri yang mungkin menarik perhatian anda.

Terdapat banyak lagi perubahan dan ciri baru, jadi jika anda berminat, anda boleh terus ke perkongsian di blog pembangun untuk membaca mengenainya. Untuk pengguna bukan pembangun aplikasi, ciri manakah yang anda paling suka setakat ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version