Site icon TechNave BM

Predator Helios Neo 16, Predator Orion 5000 dan monitor “gaming” baharu dilancar di Malaysia

Acer Malaysia hari ini memperluaskan ekosistem gaming Predator menerusi pelancaran beberapa produk baharu termasuk Predator Helios Neo 16, Predator Orion 5000, Predator XB273U X2 dan Acer Nitro PG241Y P1. Barisan baharu menyasarkan gamer dan pengguna berprestasi tinggi yang mahukan laptop, desktop serta monitor gaming berprestasi tinggi dan mudah alih.

Predator Helios Neo 16 menjadi model utama yang diumumkan yang hadir dengan pilihan sehingga Intel Core i7 bersama GPU NVIDIA GeForce RTX 5070 Laptop serta sistem penyejukan 5th Gen AeroBlade 3D Cooling. Ia turut dilengkapi paparan IPS 16 inci nisbah 16:10 dengan resolusi sehingga WQXGA+, kadar segar semula 180Hz, masa respon time 3ms serta liputan warna 100% sRGB.

Ciri lain yang turut dimuatkan termasuk Intel Killer Wi-Fi 6E, Ethernet 2.5G, DTS:X Ultra Audio dan Acer PurifiedVoice AI Noise Reduction untuk komunikasi lebih jelas. Bagi pengguna desktop gaming pula, Acer memperkenalkan Predator Orion 5000 yang dipacu Intel Core Ultra 7 265F bersama NVIDIA GeForce RTX 5070. Ia dilengkapi sistem penyejukan Predator CycloneX 360, RAM DDR5 32GB yang boleh dinaik taraf sehingga 128GB dan SSD 1TB dengan sokongan storan tambahan.

Orion 5000 hadir dengan badan 45-liter bersama panel tempered glass, pencahayaan ARGB dan penggunaan sebahagian bahan kitar semula. Turut diumumkan ialah Predator XB273U X2, monitor gaming QHD 27 inci dengan segar semula sehingga 210Hz (OC) dan masa respon time 0.5ms. Dalam masa sama, Acer memperkenalkan Acer Nitro PG241Y P1 yang didakwa sebagai monitor gaming mudah alih 23.8 inci pertama di Malaysia.

Peranti hadir dengan panel IPS, kadar segar semula 144Hz, sambungan satu kabel USB-C sahaja serta dilengkapi kaki terbina. Untuk harga, Predator Helios Neo 16 dijual bermula RM7,299 manakala konfigurasi RTX 5070 mencecah RM9,999. Predator Orion 5000 pula ditawarkan pada harga RM14,999. Sementara itu, Predator XB273U X2 dijual pada harga RM799 dan Acer Nitro PG241Y P1 pula berharga RM649.

Sempena pelancaran ini, Acer Malaysia mengadakan roadshow Predator Kasi Onz di Sunway Pyramid bermula 14 hingga 17 Mei 2026 dengan pelbagai promosi termasuk diskaun tambahan, kredit Touch ’n Go eWallet, aksesori gaming percuma serta hadiah pembelian terpilih. Acer turut memperkenalkan promosi “Predator Onz Hour” yang menawarkan diskaun sehingga 85% untuk produk tertentu sepanjang roadshow berlangsung.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version