realme bakal melancarkan siri telefon pintar realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ dalam masa terdekat dan kini presidennya telah memuat naik sebuah video khas yang menunjukkan rekaan telefon kelas pertengahan itu.
Chase Xu, naib presiden dan presiden pemasaran global realme, telah menerbitkan sebuah video buka kotak (unboxing) untuk realme 13 Pro. Beliau menyifatkan rekaan telefon ini sebagai sebuah seni khas kerana ia dibina dengan inspirasi daripada artis Perancis ternama, Oscar-Claude Monet, serta muzium seni Boston Museum of Fine Arts.
Can’t wait to show off the realme 13 Pro series! I'm so excited to do the world's very first unboxing. From Monet’s palette to your pocket, which one is calling your name? #realme13ProSeries5G #WorldTopArtistMonetDesign pic.twitter.com/tJ9J0SoUW9
— Chase (@ChaseXu_) July 12, 2024
Pilihan warnanya juga dinamakan sempena beliau iaitu Monet Gold dan Monet Purple. Telefon ini mempunyai efek kilauan yang berubah apabila ia disengetkan, dan ia tidak meninggalkan sebarang kesan cap jari selepas ia dipegang.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri realme 13 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

