Site icon TechNave BM

Prestasi cipset Apple M1 Ultra hampir sama dengan AMD Ryzen Threadripper 3990X

Mac Studio Apple yang menggunakan cipset M1 Ultra telah dilihat dalam penyenaraian Geekbench 5 disiarkan hanya beberapa jam selepas ia diumumkan semalam. Ia dikongsi oleh Benchleaks di Twitter di mana cipset baharu Apple ini menunjukkan skor benang tunggal (single-threaded) dan benang berbilang (multi-threaded) yang mengagumkan.

Dalam skor benang berbilang (multi-threaded), M1 Ultra memperoleh 24,055 mata mengatasi kedua-dua Intel Core i9-12900K (17,204 mata) dan AMD Ryzen 9 5950X (16,565 mata). Ia agak memeranjatkan memandangkan M1 Ultra hanya mempunyai 20 teras CPU secara keseluruhan berbanding Zen 2 Ryzen Threadripper 3990X Zen 2 64 teras. 

Untuk pengetahuan, AMD Threadripper 3990X Zen 2 64 teras hanya 4.5% lebih pantas dengan membawa 25,133 mata. Kedua-dua cipset juga mempunyai penggunaan kuasa yang berbeza. M1 Ultra menggunakan 60W untuk mencapai prestasi puncak 4.7x lebih cekap daripada Ryzen Threadripper 3990X dengan TDP 280W. 

Intel i9-12900K 16 teras juga dipadam dalam proses tersebut menggunakan kuasa 40% berbanding dengan M1 Ultra. Ryzen 9 5950X AMD juga mengalami nasib yang sama menggunakan kuasa 45% yang lebih besar. Walaupun begitu, ini hanyalah satu penanda aras dan keputusan Geekbench 5 yang tidak semestinya selaras dengan prestasi dunia sebenar.

Namun, hasil penanda aras pertama ini cukup mengagumkan bagi M1 Ultra baharu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Tom’s Hardware

Exit mobile version