Site icon TechNave BM

Prestasi Dimensity 9200 bakal menyaingi SD 8 Gen 2, akan dilancar November 2022

Samsung tidak mempunyai cipset Exynos untuk menyaingi Snapdragon 8 Gen 2 tetapi MediaTek telah melakukan usaha yang besar untuk memasuki pasaran cipset telefon pintar utama dengan Dimensity 9000 dan Dimensity 9000 Plus. MediaTek layak menerima pujian kerana mengekalkan persaingan yang berterusan dengan memperkenalkan Dimensity 9200.

Snapdragon 8 Gen 2 dan Dimensity 9200 dilaporkan dihasilkan secara besar-besaran menggunakan seni bina 4nm TSMC. Semasa membincangkan pendapatan MediaTek, Kundojjala bercakap tentang potensi pelancaran cipset perdana generasi akan datang syarikat itu yang akan diumumkan pada bulan November ini.

Malangnya, dia tidak menyebut sebarang tarikh tetapi kemungkinan Dimensity 9200 diperkenalkan pada masa yang sama dengan Snapdragon 8 Gen 2. Qualcomm telah pun menyediakan tarikh acara Snapdragon Summit yang akan diadakan pada 15 November. Kami menjangkakan Dimensity 9200 akan dilancarkan pada masa yang sama.

Kedua-dua cipset dikatakan direka pada proses 4nm TSMC yang bermaksud ia akan berada pada tahap prestasi dan kecekapan yang sama. Ia akan menjadi persaingan yang menarik antara kedua-dua pembuat cipset. Menurut ujian AnTuTu yang dibocorkan sebelum ini, Dimensity 9200 sebenarnya mengalahkan M1 Apple dalam skor keseluruhan.

Hal ini adalah kerana Cortex-X3 dan GPU Immortalis-G715 yang dipertingkatkan adalah penyumbang utama kepada keputusan itu. Snapdragon 8 Gen 2 juga dikatakan 20 peratus lebih pantas daripada pendahulunya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WCCF Tech

Exit mobile version