Site icon TechNave BM

Prestasi Exynos 1000 dilaporkan kalah dengan Snapdragon 875, tapi ketahanan baterinya lebih baik

Cipset flagship seterusnya bakal menampilkan pemproses dengan proses 5nm termasuklah Exynos 1000 dari Samsung dan Snapdragon 865 dari Qualcomm. Terdapat sumber yang memberi pernyataan mengenai prestasi Exynos 1000 yang dilaporkan lebih rendah berbanding Snapdragon 875.

Memandangkan berita ini bukan berita mengejut kerana Snapdragon biasanya mendahului cipset Android lain, namun terdapat sisi yang menarik dalam pernyataannya. Walaupun prestasi Exynos lebih rendah, namun kecekapan kuasanya adalah lebih baik. Kecekapan kuasa contohnya merujuk kepada ketahanan bateri yang lebih baik.

Sebenarnya, Exynos 1000 dikatakan akan setaraf dengan Snapdragon 875, tetapi terdapat sumber yang menyatakan teknologi AMD RNA2 yang bakal membantu melonjakkan prestasi hanya akan diaplikasi pada tahun 2022.

Memandangkan kesemua maklumat ini hanya berdasarkan dari sumber tidak rasmi, namun anggaplah ia sebagai bayangan untuk prestasi telefon pintar akan datan.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: wccftech

Exit mobile version