Site icon TechNave BM

Prestasi pengecas wayarles realme MagDart ditunjukkan dalam video, serupa cas berwayar

realme telah pun mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan pengecas magnetik realme MagDart yang membenarkan pengguna untuk mengecas telefon secara wayarles, serupa dengan Apple MagSafe. Kini sebuah video telah menunjukkan prestasi awal untuk pengecas tersebut, di mana ia menunjukkan prestasi yang agak pantas.

Dalam video itu, pengecasan MagDart selama tiga minit sahaja boleh mengecas bateri berkapasti 4,400mAh daripada 18% kepada 25%. Berdasarkan pemerhatian tersebut, pengecasan sehingga 100% mungkin akan mengambil masa sekitar dua jam, iaitu lebih kurang sama pantas dengan pengecasan berwayar.

realme MagDart dijangka akan menyediakan kadar pengecasan sebanyak 50W, iaitu lebih tinggi berbanding Apple MagSafe yang mempunyai kadar 15W sahaja. Selain itu, sebuah lagi varian MagDart yang lebih tebal dijangka akan dilancarkan, di mana ia menawarkan kadar pengecasan 66W dan bakal mempunyai kipas dalaman bagi menyejukkan pengecas tersebut sewaktu penggunaan.

Beberapa gambar realme MagDart juga telah tertiris, menunjukkan rupa bentuk yang lebih nipis berbanding Apple MagSafe.

Ia akan dilancar untuk pasaran Malaysia pada 3 Ogos. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version