Site icon TechNave BM

PRISM+ lancarkan pendingin hawa inverter Luna Eco, penapis udara Nexa bermula RM279

PRISM+, jenama elektronik pengguna dan peralatan rumah yang berkembang pesat di Malaysia, mengembangkan barisan produk rumah pintar dengan memperkenalkan PRISM+ Luna Eco, pendingin hawa inverter pertama syarikat itu, dan siri penapis udara baharu PRISM+ Nexa.

Luna Eco

Luna Eco hadir dalam tiga varian iaitu 1.0HP (RM899), 1.5HP (RM999) dan 2.0HP (RM1,499) yang menawarkan penyejukan sehingga 18,000 BTU/h dengan kompresor kelajuan berubah. Model ini menggunakan refrigeran R32 yang lebih mesra alam dan menjimatkan sehingga 37% tenaga berbanding unit bukan inverter.

Dilengkapi 4-Way Directional Airflow, penapis udara berlapis (Active Carbon, Anion, Vitamin C, Catechin) dan Anti-Mold Function, Luna Eco direka khas untuk iklim lembap Malaysia. Pengguna juga boleh mengawal sepenuhnya pendingin hawa ini melalui aplikasi PRISM+ Connect yang menyokong kawalan jauh, jadual masa dan automasi berasaskan lokasi.

PRISM+ turut menawarkan waranti menyeluruh termasuk 3 tahun bagi Fan Coil Unit dan 7 tahun bagi kompresor. Pengguna yang membuat servis berkala setiap suku tahun melalui PRISM+ layak mendapat waranti penuh sehingga 7 tahun.

Nexa Series

Selain pendingin hawa, PRISM+ memperkenalkan siri penapis udara pintar Nexa dan Nexa Pro. Model ini dilengkapi sistem penapisan pelbagai peringkat (Pre-Filter, H13 HEPA, Granular Carbon, UV Sterilisation) yang menapis 99.98% partikel halus, bau, asap dan bahan kimia.

Kedua-duanya disokong PRISM+ Connect App dengan fungsi pintar seperti Real-Time Air Quality Sensor, Smart Routines, Usage Insights dan Child Lock. Luna Eco akan mula dijual pada 24 Julai 2025, jam 8 malam di Shopee dan laman rasmi PRISM+ manakala penapis udara Nexa Series dibuka untuk tempahan pada tarikh yang sama melalui prismplus.my.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk yang ditawarkan PRISM+ dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version