Site icon TechNave BM

Produk audio premium 1MORE kini di Malaysia, fon telinga bermula RM39

Sebuah jenama yang menghasilkan produk audio premium, 1MORE kini masuk ke pasaran Malaysia secara rasmi. 1MORE adalah syarikat audio yang telah memenangi pelbagai anugerah sebelum ini dan mereka menawarkan pelbagai jenis produk seperti fon telinga True Wireless (TWS), fon telinga dengan ciri Active Noise Cancellation (ANC), fon telinga wayarles dan banyak lagi.

Kesemua produk ini boleh mula dibeli di kedai online mereka di Lazada. Antara produk baru yang ditawarkan adalah 1MORE True Wireless ANC, 1MORE Dual Driver ANC Pro dan 1MORE ColorBuds. Selain itu, mereka juga menawarkan produk fon telinga pertama di dunia dengan 4 pemacu (quad driver) yang dapat menghasilkan bunyi yang sangat jelas dan berkualiti tinggi.

1MORE True Wireless ANC In-ear Headphones

1MORE Dual Driver ANC PRO Wireless Headphones

1MORE ColorBuds True Wireless In-ear Headphones

Selain itu, mereka juga menawarkan fon telinga dengan harga yang berpatutan iaitu serendah RM39 sahaja. Tambahan lagi, 1MORE telah bekerjasama dengan artis antarabangsa Jay Chou untuk menghasilkan produk yang dapat memberi pengalaman bunyi yang premium.

Adakah anda meminati jenama audio premium yang baru ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Exit mobile version