Site icon TechNave BM

Produk ekosistem Xiaomi kini dengan diskaun hingga RM100, Mi Band 4 berharga RM99 dan banyak lagi

Semalam, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan jualan yang bakal berlangsung dengan pelbagai promosi diskaun termasuklah beberapa peranti Xiaomi dan Redmi. Terkini, produk ekosistem Xiaomi juga termasuk dalam senarai barangan yang bakal mendapat potongan harga sehingga RM100!

Anda boleh melihat senarai produk ekosistem dan harga yang telah disenaraikan oleh Xiaomi Malaysia. Apa yang menariknya, inilah masa untuk anda mendapatkan Xiaomi Mi Band 4 dengan harga RM99 sahaja. Jika anda sudah lama merancang untuk membeli Mi Robot Vacuum Mop, ia kini hadir dengan potongan harga sebanyak RM100.

Apa pun, jualan ini bakal berlangsung di LazMall bermula pada 17 Ogos 2020 sehingga 21 Ogos 2020 sempena ulang tahun Xiaomi yang ke-10.

Adakah anda merancang untuk membeli salah satu produk ekosistem ini atau anda berminat untuk mendapatkan teelfon pintar Xiaomi? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Xiaomi

Exit mobile version