Site icon TechNave BM

Profesor di China menukarkan dirinya kepada gadis anime untuk menarik perhatian pelajar

Para pelajar di China kini terpaksa belajar secara dalam talian di rumah berikutan kuarantin dan penularan wabak COVID-19 di negara tersebut. Ini juga memudahkan pelajar untuk tidak menyertai kelas dalam talian tersebut. Untuk menyelesaikan masalah ini, seorang profesor memutuskan untuk menjadikan dirinya sebagai watak anime untuk menarik perhatian pelajar.

Profesor Jiang Fei dari Kolej Seni Halus Universiti Shanghai mendapati kelas dalam taliannya tidak mendapat kehadiran yang ramai daripada pelajar. Oleh itu, beliau menggunakan perisian khas untuk menukar dirinya kepada watak anime yang berlainan demi menjadikan kelas itu lebih menarik buat para pelajarnya.

Inisiatif itu berjaya dan lebih ramai pelajar menonton kelasnya. Jiang menggunakan pelbagai watak anime namun watak gadis anime telah mendapat sambutan yang paling menggalakkan.

Adakah anda juga berharap profesor dan cikgu anda juga boleh bertukar kepada seorang gadis anime? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Abacusnews

Exit mobile version