Site icon TechNave BM

Program Trade-in HUAWEI: Diskaun 20%, rebat sehingga RM500 dan hadiah percuma hingga 31 Julai ini

Dengan Program Perdagangan Masuk (Trade-in) HUAWEI, anda boleh menukar telefon pintar lama anda kepada siri HUAWEI Mate50 dengan diskaun yang tinggi, tambahan rebat RM500 berserta hadiah percuma yang menarik. Program ini berlangsung sehingga 31 Julai 2023 di HUAWEI Experience Store. Di bawah merupakan promosi siri ini dengan tawaran harga diskaun:

HUAWEI Mate50 menampilkan sistem kamera ultra-apertur dengan apertur fizikal boleh laras 10 Saiz, apertur terbesar industri F1.4, mod malam, potret dan super makro. Dengan Kunlun Glass, ia memberikan ketahanan termasuk anti-calar, anti-jatuh dan kalis air sehingga kedalaman 6 meter.

HUAWEI melengkapkan telefon pintar ini dengan bateri 4,700mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 66W. Ia memberikan anda sehingga dua jam penggunaan atau sehingga 12 minit panggilan telefon dengan hanya 1% bateri.

Selain itu, sistem operasi EMUI13 yang digunakan menawarkan antara muka pengguna yang dipertingkatkan melalui widget yang boleh memaparkan semua data pilihan pengguna. EMUI13 akan membantu anda mengosongkan sehingga 20GB ruang pada peranti dengan menggabungkan data yang serupa, memampatkan program yang jarang digunakan dan menghalang muat turun berlebihan yang mungkin tidak diketahui oleh pengguna.

Untuk maklumat lanjut, kemas kini atau promosi terkini tentang siri Mate50, sila lawati laman web rasmi HUAWEI, halaman Facebook HUAWEI atau Instagram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version