Site icon TechNave BM

Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura ditamatkan, gagal capai persetujuan

Terkini, Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura atau lebih dikenali sebagai projek HSR telah ditamatkan berikutan kegagalan mencapai persetujuan di antara kerajaan Malaysia dan Singapura. Perkara ini telah disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin melalui siaran akhbarnya.

Melalui siaran tersebut, Perdana Menteri menyatakan bahawa perbincangan telah diadakan di antara kerajaan Malaysia dan Singapura. Kerajaan Malaysia telah mencadangkan beberapa perubahan kepada projek HSR, tetapi perbincangan ini tidak mencapai persetujuan. Oleh itu, perjanjian projek HSR telah luput pada 31 Disember 2020.

Apa pun, Malaysia dan Singapura akan terus mengekalkan hubungan baik di antara dua negara dan akan meneruskan tindakan yang perlu dilakukan berikutan penamatan perjanjian ini.

Sepintas lalu, perjanjian ini telah dimeterai pada 13 Disember 2016 dan projek HSR dijangka siap pada 2026. Projek ini bertujuan untuk memendekkan masa perjalanan KL-Singapura dalam masa 90 minit sahaja.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version