Site icon TechNave BM

Promosi GrabUnlimited hanya 1 sen/bulan untuk pembeli terawal, promosi RM4.90/bulan untuk Jun 2022

Jika anda telah melanggan GrabUnlimited baharu, anda perlu rebut peluang ini kerana Grab Malaysia telah mengumumkan bahawa pelanggan terawal hanya perlu membayar 1 sen/bulan untuk dua bulan akan datang. Terdapat lebih banyak kemas kini dan promosi mengenai pelan GrabUnlimited.

Grab Malaysia turut menambah bahawa mereka akan memberi harga promosi istimewa pada RM4.90/bulan selepas tempoh tersebut. Anda masih boleh terima promosi sehingga 50% diskaun Hot Deals GrabFood dan penghantaran percuma dalam aplikasi walaupun anda terlepas peluang untuk mendaftar.

Namun, jika anda membatalkan tawaran tersebut, anda tidak akan layak mendapat promosi 1 sen/bulan tetapi membayar RM4.90/bulan setelah langganan semula. Bayaran RM4.90/bulan sah pada Jun 2022 kemudian ia akan kembali kepada harga asal RM7.90/bulan. Promosi 1 sen/bulan masih boleh diteruskan selagi tiada gangguan ketika langganan.

Terdapat juga pelan foodpanda Pro bermula dari hanya RM4.90/bulan selama 12 bulan yang menarik perhatian terutamanya bagi mereka yang selalu membuat pesanan makanan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version