Site icon TechNave BM

Promosi HUAWEI dan Maxis tawarkan HUAWEI Vision S 65″, pelan bermula daripada RM50/bulan

Musim perayaan Hari Raya semakin hampir dan meluangkan masa bersama orang tersayang adalah salah satu aktiviti wajib yang mesti dilakukan untuk memeriahkan perayaan. HUAWEI membawakan HUAWEI Vision S iaitu TV pintar yang besar untuk meningkatkan pengalaman visual dan audio anda dengan memaparkan paparan 4K UHD dengan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, anda boleh membuat panggilan video berkualiti tinggi menggunakan HUAWEI MeeTime 1080p melalui kamera 13MP yang dipasang pada skrin pintar. Dikuasakan oleh Harmony OS, anda juga boleh menikmati banyak aplikasi hiburan yang tersedia melalui HUAWEI AppGallery.

Dengan kerjsama bersama Maxis, HUAWEI sedang menjalankan kempen untuk menawarkan rakyat Malaysia peluang memiliki HUAWEI Vision S 65 inci pada tahap mampu milik dan dalam masa yang sama mempunyai akses kepada internet laju.

Inilah masa terbaik untuk mendaftar atau menaik taraf pelan Maxis anda dengan HUAWEI Vision S 65 inci dan dapatkan Kotak Hadiah Premium HUAWEI bernilai RM189. Kotak hadiah termasuk pembesar suara HUAWEI, tapak sandar telefon dan kabel USB.

Layari laman rasmi Maxis atau lawati Pusat Maxis terdekat untuk daftar sekarang. Kempen ini tersedia untuk Maxis Home Fibre baharu dan sedia ada, Maxis Unlimited Postpaid & Fibre, Pelan Keluarga Maxis atau pelanggan WiFi 4G Maxis Home. Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook rasmi HUAWEI Malaysia.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version