Jika anda seorang yang minimalis dan bergaya, TV Samsung The Serif mampu menjadikan ruang rumah anda kelihatan ekstetik. Bagi pengguna moden, Samsung turut menyediakan The Sero untuk tontonan yang unik.
Serif hadir dengan dirian boleh tanggal, memberikan anda fleksibiliti untuk menanggalkan kaki berdiri dan mengalihkannya dari bilik ke ruang lain. Tambahan lagi, paparan matte membantu mengurangkan pantulan cahaya dan memberikan tontonan yang mengasyikkan dengan sokongan teknologi QLED.
Seterusnya, The Sero membawa reka bentuk baharu membolehkan anda menonton kandungan yang dirakam secara menegak dan menikmati hiburan mudah alih pada skrin yang lebih besar.
| Produk | Model | Harga Runcit Disyorkan Model (RM) |
| 85″ The Frame | QA85LS03BAKXXM | 17,699 |
| 75″ The Frame | QA75LS03BAKXXM | 11,899 |
| 65″ The Frame | QA65LS03BAKXXM | 8,399 |
| 50″ The Frame | QA50LS03BAKXXM | 5,149 |
| 43″ The Frame | QA43LS03BAKXXM | 4,399 |
| 65” The Serif | QA65LS01BAKXXM | 8,399 |
| 43″ The Sero | QA43LS05BBKXXM | 5,299 |
Sempena kempen ‘Impian Raya Bersama‘ yang akan berakhir 30 April ini, Samsung Malaysia menggalakkan anda menaik taraf peralatan elektronik rumah dan menerima The Frame 43 inci secara percuma bernilai RM4,999 apabila anda membeli The Frame 85 inci. Pelanggan juga akan memperoleh sehingga RM2,000 kredit Touch ‘n Go. E-Wallet.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen ‘Impian Raya Bersama’ Samsung, anda boleh layari laman web rasmi Samsung di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

