Site icon TechNave BM

Promosi Ramadan MSI, potongan sehingga RM3,000 dan dapatkan Fitbit Inspire 2 secara percuma

Raikan bulan suci Ramadan al-Mubarak dan Aidilfitri dengan tawaran komputer riba terbaik pada April dan Mei ini melalui promosi jualan dan Gameverse MSI Ramadan. Anda kini boleh menikmati diskaun sehingga RM3,000 dan hadiah eksklusif MSI percuma seperti Kapal Angkasa MSI Dragonshield edisi terhad, helmet, set Katana dan banyak lagi.

Selain itu, anda juga boleh menebus Fitbit Inspire 2 secara percuma yang bernilai RM 498. Komputer riba siri generasi ke-12 terbaharu turut menyertai promosi ini termasuk Raider GE76 dan Stealth GS66 serba baharu yang mempunyai spesifikasi tertinggi cipset Intel Core i9 Generasi ke-12 serta kad grafik GeForce RTX 3080Ti.

Tempoh promosi bermula dari 4 April hingga 15 Mei 2022. Promosi ini merupakan antara tawaran yang terbaik dan terbesar untuk Laptop MSI. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Jualan Ramadan MSI 2022, Promosi MSI Gameverse dan ikuti Facebook serta Intagram MSI Malaysia.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version