Site icon TechNave BM

Promosi Ramadan MSI: Tebus Kod Steam Wallet ~RM448 secara percuma sehingga 30 April ini

Ramadan semakin hampir tetapi MSI tetap jalankan promosi bukan sahaja untuk Raya Aidilfitiri. Promosi Ramadan MSI memberikan tawaran dengan penjimatan sehingga RM700 pada komputer riba MSI terpilih dari 20 Mac hingga 30 April 2023.

Pelanggan layak untuk menebus Kod Steam Wallet $100 (~RM448) secara percuma dengan pembelian barisan komputer riba gaming terkini. Komputer riba gaming terbaharu MSI yang dilengkapi dengan cipset Intel CoreTM Generasi ke-13 dan GPU Komputer Riba siri NVIDIA GeForce RTXTM 40 menyertai tawaran ini.

Selain itu, Promosi Ramadan MSI mempersembahkan pelbagai jenis komputer riba siri produktiviti perniagaan supaya pengguna dapat memaksimumkan produktiviti mereka dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan!

Ketahui malumat lanjut mengenai promosi Ramadan ini di laman web rasmi MSI. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version