Site icon TechNave BM

Promosi Samsung Galaxy A32 5G dan jaminan Samsung Care+ bermula 15 November

Samsung Malaysia sedang mengadakan promosi potongan harga sebanyak RM100 dan rebat tersedia dari 15 November 2021 hingga 19 Disember 2021 untuk model Samsung Galaxy A32 5G. Dengan perincian yang hebat, ia juga hadir dalam warna varian Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome White dan Awesome Black.

Peranti ini beroperasi dengan pemproses Octa-core bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB yang boleh ditingkatkan sehingga 1TB dengan microSD. Galaxy A32 5G dilengkapi dengan kamera quad di mana kamera utamanya 48MP F1.8, makro 5MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera ultra lebar 8MP. 

Peranti ini menggunakan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W. Anda boleh membuat penjimatan dengan menukar beli peranti lama anda sehingga lima peranti sekali gus. 

Anda turut disarankan untuk melindungi peranti baharu anda dengan pelan Samsung Care+ dan anda boleh menikmati potongan harga sebanyak 20% untuk pelan 1 Year of Accidental & Liquid Breakage pada RM88 atau pelan 2 Year Accidental & Liquid Breakage pada RM168. Promosi jaminan ini hanya sah sehingga 31 Disember 2021.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version