Site icon TechNave BM

Proton bakal lancarkan dua EV, mungkin penjenamaan semula daripada Geely

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong mendedahkan bahawa Proton bersedia untuk melancarkan kereta elektrik (EV) selari apa yang diperkatakan oleh pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar semasa pelancaran S70 November lalu.

Tambahnya, Proton di landasan yang betul untuk memenuhi jangkaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MITI sebelum ini berkata kerajaan optimis untuk Proton dan Perodua mengeluarkan kenderaan elektrik nasional (EV) pertama menjelang 2025.

Li juga menyebut bahawa Proton akan melancarkan bukan satu, tetapi dua EV. Namun, kereta yang kedua dikatakan akan tiba antara enam hingga lapan bulan selepas EV yang pertama. Proton telah membuat projek EV sebelum ini dalam bentuk prototaip Iriz lebih lapan tahun lalu walaupun projek itu tidak pernah membawa kepada model pengeluaran bersiri.

Mungkinkah ia merupakan kereta elektrik sedia ada yang sedang dijual atau ia akan menjadi versi rekaan semula daripada Geely? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version