Proton baru-baru ini telah mengadakan pelancaran rasmi Jelajah Proton e.MAS 7. Acara ini menyaksikan penyerahan baton daripada Jelajah Dunia Geely E5 yang telah melakukan perjalanan 3,700 km kepada Proton e.MAS 7 yang akan memulakan eksplorasi di seluruh Malaysia.
Jelajah Proton e.MAS 7 bertujuan untuk memberikan rakyat peluang pandang pertama bagi mengalami sendiri kenderaan ini yang akan menempuh lebih daripada 2,000 km yang akan bermula pada 5 Oktober 2024.
Untuk peringkat pertama penjelajahan, ia akan bermula dari Negeri Sembilan > Melaka > Johor, kemudian bergerak ke Pahang > Terengganu > Kelantan, diikuti oleh Perak > Pulau Pinang > Kedah > Perlis. Jelajah ini akan diteruskan melalui KL dan Selangor sebelum menuju ke Malaysia Timur bermula di Sabah dan berakhir di Sarawak.
Sebelum jelajah ini bermula, orang ramai berpeluang untuk melihat Proton e.MAS 7 dan pasukan PRO-NET beraksi di lokasi utama di Putrajaya pada 25 September serta Shah Alam pada 26 September. Serlahkan sokongan anda dengan menyertai pengembaraan menarik ini kerana ianya adalah kereta elektrik pertama Malaysia! #eMAS7Tour #JELAJAHeMAS7
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

