Site icon TechNave BM

Proton kini jadi rangkaian pengedar EV terbesar di Malaysia, akan buka 50 cawangan

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) baru-baru ini mengumumkan statusnya sebagai rangkaian pengedar kenderaan elektrik (EV) terbesar di Malaysia selepas mengumumkan pembukaan lebih 50 cawangan baharu di seluruh negara.

Menjelang akhir bulan ini, PRO-NET menjangkakan sebanyak 45 pusat pengedaran Proton e.MAS akan beroperasi sepenuhnya bagi memudahkan para pelanggan mengalami keunikan EV. PRO-NET berjaya berkembang daripada tiada pengedar kepada pengedar EV terbesar di Malaysia dalam masa setahun sahaja.

Jumlah itu dijangka akan meningkat lagi sebanyak 50 pusat pengedaran pada Disember 2025. Proton e.MAS juga sedang meninjau beberapa lokasi utama di beberapa kawasan seperti:

• Lembah Klang: Bangsar (KL), Pandan Indah (KL), Bukit Jalil (KL), Batu Caves (Selangor), Kota Damansara (Selangor), Cyberjaya (Selangor), Kajang (Selangor)
• Johor: Skudai, Kluang, Johor Bahru
• Penang: Nibong Tebal, Batu Kawan

Selain pembukaan pusat pengedaran baharu, PRO-NET turut mengumumkan bahawa mereka telah menerima lebih 4,000 tempahan untuk Proton e.MAS 5. Mereka yang masih berminat dengan EV baharu ini boleh buat tempatan secara terus di mana-mana pengedar Proton e.MAS di seluruh negara dengan harga RM99 sahaja.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan EV Proton dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version