Sebelum ini terdapat beberapa laman web yang menjadi platform untuk perkhidmatan jual beli kereta terpakai secara dalam talian. Namun, ramai pengguna yang mempertimbangkan faktor keselamatan untuk mengelak dari tertipu. Proton kini mewujudkan laman web khas untuk jual beli kereta terpakai dibawah perakuannya.
Laman web ini menjadi platform yang lebih selamat untuk pembeli atau penjual kereta yang dikhaskan untuk jenama Proton sahaja. Menurut paparan di laman web tersebut, terdapat panduan untuk urusan jual beli kereta terpakai. Selain itu, terdapat beberapa jaminan yang diberi untuk pembelian kereta terpakai yang diperakui seperti waranti 12 bulan, servis percuma dan banyak lagi.
Anda boleh melihat butiran lanjut di laman web rasmi ini. Kereta terpakai yang diperakui pasti membuatkan pembeli atau penjual merasa lebih selamat untuk berurusan.
Apakah pendapat anda mengenai usaha Proton ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: used.car.proton

