Site icon TechNave BM

Proton X50 baharu kini boleh dipra-tempah RM500 sahaja

Proton X50 baharu ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Namun, anda sudah boleh mula pra-tempah kenderaan terbaru keluaran Proton ini bermula esok, di ruang pameran terpilih seluruh negara pada harga RM500.

Sepintas lalu, Proton X50 hadir dengan enjin 1.5 liter turbo, dengan empat varian; 1.5T Standard, 1.5T Executive, 1.5T Premium dan 1.5 TGDi Flagship. Turut hadir adalah kotak gear dwi-klac tujuh kelajuan, empat atau enam beg keselamatan, rim aloi 17 atau 18 inci, kerusi balutan fabrik atau kulit dan sistem infotainmen GKUI tahap 2.

Anda boleh memilih berdasarkan empat pilihan warna; Snow White, Silver Armour, Jet Gray, Ocean Blue, Citric Orange dan Passion Red. Menurut kami, warna terang seperti warna merah menampakkan rekaan Proton X50 yang gah dan ‘jahat.

Untuk pengetahuan anda, harga rasminya bakal diumumkan pada majlis pelancarannya tidak lama lagi.

Adakah anda berminat dengan Proton X50 baharu ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version