Site icon TechNave BM

Prototaip Ducati V21L diumum, motosikal elektrik dengan kelajuan 275km/j

Jenama gergasi untuk segmen dua roda, Ducati, telah melancarkan prototaip V21L MotoE yang mempunyai kelajuan tertinggi 275km/j. Motosikal elektrik Ducati V21L MotoE akan berlumba dalam Piala Dunia FIM MotoE 2023 menurut Ducati.

Ducati V21L MotoE mempunyai berat 225kg dan pek bateri 18kWh menawarkan julat yang mencukupi untuk melengkapkan perlumbaan Grand Prix 7. Pek bateri mempunyai 1,152 sel silinder dan boleh dicas semula daripada 0 hingga 80% dalam masa kurang daripada satu jam (45 minit).

Ducati MotoE mempunyai motor seberat 21kg yang memberikan kuasa sehingga 110kW dan tork 140Nm. Motor elektrik itu mempunyai kelajuan putaran maksimum 18,000rpm dengan kelajuan tertinggi yang direkodkan 275km/j. Kerangka Ducati MotoE terdiri daripada aluminium dan gentian.

Motosikal elektrik ini boleh dicas dengan soket pengecasan 20kW pada ekornya. Ducati V21L MotoE dipasang dengan sistem penyejukan canggih menurut syarikat itu. Sistem cecair berganda mengawal suhu bateri dan motor elektrik. Ducati memasuki segmen motosikal elektrik dengan V21L MotoE.

Ducati akan membekalkan kesemua 18 unit V21L MotoE dan akan berlumba dalam perlumbaan FIM sehingga 2026. Ducati MotoE akan debut dalam Piala Dunia FIM MotoE pada 2023. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version