Site icon TechNave BM

Prototaip iPhone 15 bawa ciri Dynamic Island pada model standard dan butang ‘Action’ pada siri Pro

Barisan iPhone yang akan datang mempunyai beberapa ciri dan perubahan menarik. Di sisi, mereka mengekalkan butang toggle dan memasukkan dulang kad SIM yang akan dikekalkan untuk model antarabangsa tetapi mungkin tidak disediakan dalam versi Amerika Syarikat dan Kanada. Prototaip ini juga membawa Dynamic Island dan menghapuskan notch, memberikan perubahan yang sejajar dengan desas-desus terdahulu.

Untuk iPhone 15 Pro, ia menawarkan pilihan Silver dan Space Black seperti biasa bersama dengan warna baru yang dipanggil Titan Gray dan satu pilihan biru yang dalam. Prototaip menunujukkan sisi yang berkilauan, tetapi telefon sebenar dijangka mempunyai lapisan matte pada bingkai titanium mereka.

Penambahan penting lain adalah butang Tindakan (Action) baru di sisi, bersaiz agak kecil serta menawarkan sembilan fungsi yang boleh disuaikan termasuk mod senyap, ciri-ciri aksesibiliti, pintas, kawalan kamera dan lampu suluh, pembesar, fungsi terjemahan, dan catatan suara.

Kesemua unit ini mempunyai port USB-C di bahagian bawah manakala model Pro dijangkakan mempunyai port Thunderbolt. Pada masa yang sama, kami tidak pasti jika model standard akan mempunyai port USB 2.0 biasa. Selain itu, kelajuan pengecasan mungkin berbeza di mana model standard mungkin menggunakan pengecas 20W dan model Pro mungkin menyokong pengecasan sehingga 35W.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple Insider

Exit mobile version