Site icon TechNave BM

PS Plus baharu dilancar di Malaysia, tawaran keahlian bermula daripada RM29 sebulan

Pada akhir bulan Mac lalu, Sony mengumumkan keahlian PlayStation (PS) Plus baharu untuk gamer di Malaysia dengan bayaran permulaan bulanan yang berpatutan. Selepas dua bulan menunggu, PS Plus kini berada dalam pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan banyak lagi. 

Kini, PS Plus menawarkan tiga peringkat keahlian iaitu PS Plus Essential, PS Plus Extra dan PS Plus Deluxe.

Untuk meraikan pelancaran itu, Sony melancarkan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, NBA 2K22, Red Dead Redemption 2, Returnal for Extra dan ahli Premium/Deluxe. Terdapat juga game lama seperti Ape Escape, Super Stardust Portable, Siphon Filter, Tekken2 dan banyak lagi. Di bawah merupakan jenis keahlian dan tawarannya:

PlayStation Plus Essential

  1. Faedah yang sama dalam PlayStation Plus semasa, seperti:
    1. Dua game yang boleh dimuat turun setiap bulan
    1. Diskaun eksklusif
    1. Storan awan (cloud) untuk permainan yang disimpan
    1. Akses berbilang pemain dalam talian
    1. Tiada perubahan untuk ahli PlayStation Plus sedia ada dalam peringkat ini

PlayStation Plus Extra

  1. Menyediakan semua faedah peringkat Essential
  2. Menambahkan katalog sehingga 400* permainan PS4 dan PS5 – termasuk hits blockbuster daripada katalog PlayStation Studios dan rakan kongsi pihak ketiga. Game dalam peringkat Tambahan boleh dimuat turun untuk dimainkan
  3. RM44 bulanan, RM114 untuk 3 bulan atau RM269 setahun

PlayStation Plus Deluxe

  1. Game asal PlayStation, PSP, PS4 dan PS5 disediakan untuk dimuat turun.
  2. Versi game PS2 dan PS3 yang dimaster semula atau dibuat semula juga boleh dimuat turun untuk dimainkan dengan konsol PS4 dan PS5.
  3. RM50 sebulan, RM130 untuk 3 bulan atau RM309 setahun

Anda boleh lawati blog PlayStation untuk ketahui jenis keahlian dengan lebih lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Facebook PlayStation Asia 

Exit mobile version