Site icon TechNave BM

PS4 atau Nintendo Switch sesuai untuk anda? Kami bantu, ini cara untuk anda pilih!

Pernahkah anda ingin membeli konsol gaming, tetapi tidak tahu konsol manakah yang sesuai dengan keperluan anda? Masalah rambang mata atau keliru sememangnya perkara biasa.

Untuk itu, kami ingin membantu anda membuat pilihan yang mungkin sesuai dengan citarasa anda. Anda boleh pertimbangkan faktor-faktor di bawah untuk mengetahui konsol gaming manakah yang sesuai dengan anda.

Jenis game yang ada pada konsol

Pertama sekali, anda perlu ketahui jenis game yang anda suka mainkan, kemudian barulah anda dapat tahu apakah konsol yang sesuai untuk anda.

Anda perlu memahami citarasa anda terhadap game. Anda boleh baca contoh citarasa game seperti di bawah yang mungkin boleh membantu anda!

  1. Jenis pertama: Saya suka reka bentuk game yang menarik, tetapi saya tidak kisah dengan kualiti grafiknya. Saya suka game dengan pengalaman interaktif yang kreatif – Biasanya individu sebegini lebih sesuai dengan jenis game pada Nintendo Switch.
  2. Menilai pada penceritaan dan plot, menyukai grafik tinggi, lebih realistik lebih baik, mempunyai citarasa audio, cahaya dan pengalaman eksplorasi yang pelbagai – Jika anda mempunyai semua elemen yang disebutkan ini, anda lebih sesuai dengan kandungan game pada PS4.

Senarai kandungan game berbeza pada setiap konsol

Jenis game adalah satu perkara, tetapi bagaimana pula dengan senarai kandungan game pada setiap konsol?

Anda boleh melihat beberapa senarai kandungan game dan tentukan kandungan manakah yang menepati citarasa anda kerana senarai game pada setiap konsol kadangkala berbeza.

Kandungan game PS4

Game eksklusif PS4 (contoh game tersendiri untuk platform PS4): The Last of Us, The Last of Us II, God of War, Uncharted 4, Uncharted: The Lost Legacy, The Curse of Blood, Detroit, Horizon: Zero Dawn, Wanda and the Colossus, Cosmic Robot, Marvel Spider-Man, Soul of Tsushima, Long Days Gone, Persona, Like a Dragon dan senarainya masih panjang. Biasanya, senarai game ini lebih kepada aksi, ARPG-based dan gaya yang lebih realistik.

Tentunya, PS4 juga mempunyai lebih banyak pilihan game pihak ketiga seperti Sekiro, Red Dead Redemption, Assassin’s Creed, Call of Duty, Street Fighter, Resident Evil, Monster Hunter, Dark Souls, GTA, FIFA, NBA2K dan lain-lain siri yang terkenal. Siri sebegini memenuhi pustaka game untuk PS4.

Horizon: Zero Dawn
Mars

Kandungan game Nintendo Switch

Antara game eksklusif untuk Nintendo Switch adalah; The Legend of Zelda: Breath of the Wild, Mario Odyssey, Mario Kart, Pokemon, Splatoon, Ranch Story, Mario Tennis, Super Smash Bros dan banyak lagi. Anda sendiri boleh lihat barisan game yang dinyatakan adalah kebanyakannya jenis RPG, Platform Game, Multiplayer, Mystery Game dan yang seangkatan dengannya.

Walaupun game pihak ketiga agak kurang, namun masih terdapat game terkenal seperti The Witcher, Civilization, FIFA, NBA dan The Elder Scrolls.

The Legend of Zelda: Breath of the Wild
Mario Odyssey

Jenis pengguna

Jika anda sebelum ini tidak pernah bermain mana-mana game konsol dan tidak tahu game mana yang sesuai untuk anda mainkan, anda sebenarnya boleh memilih berdasarkan kebiasaan anda. Cara ini juga boleh digunakan jika anda ingin memberi hadiah konsol gaming kepada rakan, tetapi tidak tahu konsol gaming manakah yang sesuai dengan rakan anda.

Tiada pilihan terbaik, hanya pilihan yang lebih sesuai

Kami percaya anda pasti tertanya-tanya kenapa tiada perbandingan harga dalam artikel ini. Hal ini kerana harga kedua-duanya tidak terlalu jauh beza. Tambahan pula, masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri untuk pengguna-pengguna tertentu.

Jadi, tidak adil untuk kami membuat perbandingan harga kerana tiada pilihan konsol gaming terbaik, hanya ada pilihan yang mungkin sesuai berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas.

Akhir sekali, perbezaan di antara PS4 dan Nintendo Switch adalah pilihan game dan tahap mudah alih yang anda inginkan. Kami berharap sedikit sebanyak, kami membantu anda membuat pilihan!

Beritahu apa konsol gaming pilihan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk lebih ulasan teknologi khas untuk anda.

Diterjemahkan daripada TechNave中文版

Exit mobile version