Site icon TechNave BM

PS5 mengalami masalah muat turun ‘game’ tersekat kerana pepijat!

Dilaporkan, PlayStation 5 (PS5) mengalami masalah muat turun yang tersekat seperti ‘Queued for Download’. Masalah ini dikatakan berlaku kerana beberapa pepijat dan ianya hanya boleh diselesaikan dengan mengeset semula konsol tersebut.

Berita ini dilaporkan oleh sumber, namun terdapat beberapa pemain PS5 lain di luar Malaysia yang mengalami masalah yang sama. Pepijat tersebut hadir ketika proses mula muat turun game. Terdapat dua bentuk pepijat iaitu paparan ‘Queued for Download’ atau sememangnya muat turun ralat sepenuhnya. Namun, tiada paparan apabila menu disemak.

Muat turun ralat ini akan tersekat dan tidak boleh dibatalkan. Kebanyakan pengguna hanya boleh mengeset semula PS5. Terdapat beberapa laporan yang menyatakan bahawa pepijat ini hadir pada muat turun Call of Duty: Black Ops Cold War untuk PS5. Activision menyarankan untuk factory reset untuk menyelesaikan masalah ini.Setakat ini, Sony masih tidak mengumumkan apa-apa komen berkenaan masalah muat turun ini. Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Anda boleh semak berita menarik yang lepas mengenai PS5 termasuk jualan yang ‘laku keras’ di Malaysia, peminat mula beratur jam 3 pagi.

Sumber: IGN

Exit mobile version